Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


ADAB BERMAIN NOBAT

  1. Setiap petang Nobat dipalu sehingga sampai waktu Maghrib. Aturannya adalah pada waktu hendak memalunya. Iaitu seperti berikut;
    • Pada saf pertama - Penghulu meniup Nafiri.
    • Pada saf kedua – Dua orang pemukul Nengkara.
    • Pada saf ketiga – Pemukul Gendang Nobat.
    • Pada saf keempat – Peniup Serunai dan Bangsi.
    • Pada saf kelima - Pemukul Kopak dan Cerucup.

     

  2. Lama Nobat dipalu ialah selama 32 tiupan N afirinya. Setelah itu dipalu pula Gendang Perang sebagai penutup.
  3. Pada malam Jumaat waktu Isyak, Nobat dipalu tanpa ditentukan lagu. Tetapi lagu Subuh tidak boleh dimainkan pada waktu lain kecuali pada waktu Subuh sahaja.
  4. Lagu 'Ibahim Khalil' dipalu semasa Menjunjung Duli dan lagu 'Iskandar Syah' atau 'Arak-arak' dipalu sewaktu raja berangkat.
  5. Lagu 'Palu-palu' ketika raja Bersiram Tabal dan dan lagu 'Seri Istana' pula semasa raja memakai pakaian kerajaan.
  6. Peraturan memalu Nobat semasa raja bersiram iaitu lagu 'Perang' dimainkan waktu peralatan bersiram mula diangkat dan berhenti apabila semua peralatan selesai disusun.
  7. Ketika raja diangkat ke tempat Persiraman, Nobat dibunyikan dengan lagu 'Arak-arak' kemudian lagu 'Palu-palu' semasa raja sampai. Selesai bersiram, lagu 'Arak-arak' dimaiankan sekali lagi dan kemudian disambung pula dengan 'Seri Istana' apabila baginda tiba di istana.


    [ Banyak pantang larang ketika bermain Nobat ]

  8. Semasa raja berangkat ke Balairung Seri untuk Istiadat Menjunjung Duli, baginda diiringi dengan lagu 'Arak-arak' semasa Istiadat Menjunjung Duli, lagu kerajaan iaitu 'Ibrahim Khalil' dimainkan. Dan lagu 'Arak-arak' dimainkan lagi ketika baginda ingin berangkat pulang ke istana. Tiba di istana paluan Nobat akan dihentikan.
  9. Adab memalu Nobat yang betul adalah ahli-ahli Nobat dikehendaki memalunya dengan berdiri bersaf-saf. Peraturan ini biasanya hanya diikuti ketika memainkan dua lagu iaitu 'Ibrahim Khalil' dan 'Iskandar Syah' sahaja.
  10. Semasa memainkan lagu 'Seri Istana' atau memalu sewaktu raja Bersiram Tabal, keadaan memukulnya sambil duduk bersaf-saf. Ketika memainkan lagu lain pula, ia terpulang kepada pemain-pemainnya.
  11. Adab dan tertib memainkan Nobat ini dikatakan berasal dari Riau-Lingga

[ Pantang larang bermain Nobat | Adab bermain Nobat | Waktu bermain Nobat ]
[ Adab menyambut pancaragam Nobat | Ampun kurnia ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 

/



Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service