Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


AMPUN KURNIA


[ Upacara Ampun Kurnia kepada Sultan dan Sultanah ]

Upacara Ampun Kunia akan diadakan di istana Sultan pada Hari Raya Aidil Adha yang ketiga. Pada hari tersebut, rombongan kumpulan pemain Nobat, bersama alat-alat muziknya akan bertolak ke istana Anak Bukit sekitar jam 9.00-9.30 pagi. 

Tujuan rombongan ini adalah untuk mengadakan upacara Ampun Kurnia dan untuk mengistiharkan tamatnya sambutan Hari Raya Adil Adha pada tahun tersebut. Ia juga sebagai simbolik memohon ampun oleh pemain-pemain Nobat kepada baginda sultan atas kesalahan mereka sepanjang berkhidmat kepada baginda.

Di dalam upacara Ampun Kurnia ini, hanya sembilan buah lagu sahaja yang akan dimainkan. Ia bermula dari jam 9.30 pagi dengan memainkan lapan buah lagu ragam, dan diakhiri dengan lagu perang. 

Selepas selesai bermain inilah maka akan berlangsung adat Ampun Kurnia ini. Pemain Nobat akan memohon ampun dari Sultan secara bergilir-gilir. Baginda pula akan mengurniakan hadiah yang biasanya berupa wang tunai bejumlah sekitar RM50.00. Apabila upacara ini selesai, kumpulan Nobat ini akan kembali ke Balai Nobat.

Pada zaman pemerintahan sultan yang terdahulu, selepas selesai upacara di istana, kumpulan Nobat ini akan berkunjung pula ke kediaman Raja Muda (Tengku Bendahara) dan mengunjungi rumah kerabat-kerabat DiRaja yang lain megikut susunan pangkatnya. Tetapi kini, budaya itu tidak lagi diaplikasikan.

Di sini disenaraikan aturan adat Ampun Kurnia di istana raja-raja pada zaman dahulu. (kini tidak lagi diamalkan). 
  • Nobat dipalu ke bawah Duli yang Maha Mulia Sultan sebanyak 9 buah lagu.
  • Dengan memohon Ampun Kurnia sebanyak 24 emas (RM24).
  • Kepada Raja Muda sebanyak tujuh lagu, dengan Ampun Kurnia 14 emas (RM7).
  • Nobat dipalu pada putera puteri kerajaan (kerabat DiRaja) sebanyak 5 lagu.
  • Dipohon Ampun Kurnia hasil sebanyak 10 emas (RM5).
  • Ditiup serunai sahaja kepada menteri tunggal sebanyak 4 lagu. Dengan pohon Ampun Kurnia sebanyak 8 emas (RM4).
  • Ditiup serunai sahaja kepada bahagian menteri Yang Empat sebanyak 3 lagu bagi setiap seorang dengan Ampun Kurnia sebanyak 6 emas (RM6).
     

[ Pantang larang bermain Nobat | Adab bermain Nobat | Waktu bermain Nobat ]
[ Adab menyambut pancaragam Nobat | Ampun kurnia ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 

/



Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service