|
|
|
|
|
|
Panjang atau pendeknya sesuatu not dan pic lagu Nobat adalah berbeza dengan not lagu moden. Sistemnya adalah berlainan dengan sistem masa kini yang dibawa daripada barat.
Seorang pengkaji muzik iaitu Encik Sabree bin Abu Bakar telah menganalisa salah
satu daripada lagu Nobat iaitu lagu Perang. Beliau telah mengadaptasikannya semula ke dalam bentuk not lagu moden.
Antara objektif kajian beliau ini adalah untuk;
- Menyimpannya dalam tempoh jangka waktu yang panjang kerana
lebih mudah untuk difahami oleh generasi pelapis.
- Lagu yang sedia
ada pada masa kini tidak hilang dimakan masa , serta menerima nasib seperti manuskrip lagu yng terdahulu yang
hilang dan tidak dapat dikesan.
- Menarik minat umum di
Malaysia untuk mengenali secara khusus dan dekat lagi mengenai bentuk muzik lama yang unik ini.
- Cuba dimainkan semula dalam bentuk peralatan muzik dan instrument moden yang lebih canggih.
- Alat-alat muzik moden yang telah digunakan untuk mengantikan instrument
Nobat lama ialah seperti ;
|
Serunai |
Synthisiser (I) |
|
Nafiri |
Synthisiser (II) |
|
Nahara |
Snare drum |
|
Gendang ibu |
Snare drum dan tom-tom (I) |
|
Gendang anak |
Snare dram dan tom-tom (II) |
|
Gong |
Bass guitar |
[
Alat-alat muzik Nobat dan
penerangannya | Lagu-lagu Nobat
]
[ Penerangan mengenai lagu-lagu
Nobat | Analisa lagu-lagu Nobat
]
|
|