Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


SEJARAH PEMBINAAN BALAI NOBAT

Balai Nobat adalah antara lokasi atau bangunan paling awal mula didirikan di Bandar Alor Setar. Bandar Alor Setar mula dibuka oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Abidin Muazzam Shah, iaitu sultan Kedah yang ke-19. beliau mula memerintah negeri Kedah pada sekitar 1710 sehingga 1778. Balai Nobat mula dibina sejak awal kemunculan bandar tersebut. Ia merupakan sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat muzik Nobat ketika tidak digunakan.

Antara bangunan terawal lain yang dibina bersama dengan Balai Nobat ketika itu ialah seperti Istana Kota Setar, Balai Besar, Masjid Negeri, dan Balai Nobat. Rekod gambar banggunan asas Balai Nobat ini masih tersimpan. Namun bentuknya kurang jelas dan tidak direkodkan sebarang penerangan mengenai bentuk asal bangunan ini secara terperinci.
[ Balai Seni ] [ Muzium Negeri ] [ Balai Besar ]


Balai Nobat mula diubahsuai semasa pemerintahan Sultan kedah yang ke-25 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah yang telah menduduki takhta bermula 1854 hingga 1879. Pengubahsuaian ini telah mengubah rupa balai Nobat asal menjadi sebuah bangunan setinggi lima tingkat dan hanya terbina daripada kayu dan beratap zink. 

Pada zaman pemerintahan Sultan Kedah yang ke-26 iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah semenjak tahun 1882 hingga 1943, bangunan Balai Nobat ini sekali lagi telah diperbaharui. Proses memperbaharuinya dilakukan sekitar tahun 1906. Bangunannya telah dikukuhkan lagi dengan binaan yang diperbuat daripada batu dan logam. Namun begitu bentuk asalnya masih lagi dikekalkan. Bangunan ini dibahagikan pula kepada tiga tingkat dan ciri-ciri keislaman diserlahkan melalui kubah yang terletak dibahagian kemuncaknya. 

[ KIRI : Balai Nobat ketika awal pembinaan KANAN : Balai Nobat ketika ini ]


Menurut catatan sejarah, dinyatakan bahawa Balai Nobat yang dibina dalam tahun Hijrah 1325 bersamaan tahun masihi 1970 iaitu semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Sebelum bangunan ini dibina, permainan Nobat dikatakan dilakukan di sebuah anjung istana lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai Besar yang ada sekarang. Terdapat juga ahli sejarah yang mengatakan bahawa tempat yang lebih awal menjadi pusat permainan Nobat adalah sebuah tempat kecil yang dibina di sebuah Makam Langgar.


[ Sejarah kedatangan Nobat ke Tanah Melayu | Sejarah nama Nobat ]
[ Sejarah pembinaan Balai Nobat ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 


Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service