Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


LAGU-LAGU NOBAT

Semua lagu Nobat Kedah adalah berbentuk instrumental tanpa adanya senikata lagu. Pemainnya hanya akan bermain dengan berpandukan kepada nota lagu yang dikenali sebagai DAI. DAI ini ditulis di dalam tulisan Jawi dan biasanya setiap rentak irama lagu-lagu Nobat ini telah menjadi hafalan setiap pemain Nobat kerana sudah sering memainkannya.

Sayangnya, nota asal lagu lagu Nobat Kedah ini berkemungkinan besar telah hilang berikutan usia Nobat Kedah yang telah menjangkau hampir lapan ratus tahun. Ada juga yang berpendapat bahawa sesetengah pemain Nobat tidak mahu menurunkan semua lagu yang diketahui kepada keturunannya. Oleh itu nota lagu ini tidak dimanuskripkan.

Terdapat 19 buah lagu yang masih ada hingga sekarang ini. Nota-nota lagu ini telah ditulis dalam tulisan tangan oleh Encik Abdul Rahman iaitu seorang Kalur Besar yang disalin daipada buku kalur sebelumnya. Buku asal yang bertarikh 15 Julai 1344 tidak dapat dikesan lagi. Lagu-lagu yang masih ada adalah seperti;
  • Lagu Raja Burung. 
  • Lagu Seratan.
  • Lagu Belayar.
  • Lagu Bayat.
  • Lagu Bayok.
  • Lagu Sepindin.
  • Lagu Malawala.
  • Lagu Sadaruna.
  • Lagu Mambang Berkayuh.
  • Lagu Mambang Cina.
  • Lagu Bujang Hilir.
  • Lagu Tempoyak.
  • Lagu Gendang Anak.
  • Lagu Lumat.
  • Lagu Dewa Saja.
  • Lagu Arak-arak.
  • Lagu Belimau.
  • Lagu Palu.
  • Lagu Perang.

Walau bagaimanapun, pada maza ini pemain-pemain Nobat hanya perlu mahir bermain beberapa jenis lagu sahaja. Lagu yang disenaraikan adalah sebanyak sembilan buah sahaja iaitu;

  • Lagu Raja Burung.
  • Lagu Belayar.
  • Lagu Sepindin.
  • Lagu Lumat.
  • Lagu Gendang Anak.
  • Lagu Sadaruna.
  • Lagu Malawala.
  • Lagu Gendang Perang.
  • Lagu Palu.

[ Alat-alat muzik Nobat dan penerangannya | Lagu-lagu Nobat ]
[ Penerangan mengenai lagu-lagu Nobat | Analisa lagu-lagu Nobat ]

 

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 

/



Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service