Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


SEJARAH NAMA NOBAT

Ada pihak yang menyatakan bahawa perkataan Nobat berasal daripada bahasa Sanskrit. Perkataan asal Sanskrit tersebut ialah ‘ NAO-BAT’. Ia kemudiannya dipecahkan kepada dua bahagian suku kata iaitu
  1. ‘NAU - O - NAVA’ yang membawa maksud sembilan. 
  2. ‘BAT - O - BAH' yang membawa maksud pengabungan.

Kedua suku kata ini akhirnya disebut pada pangkalnya menjadikan ringkasannya disebutkan sebagai Nobat.

Pendapat kedua pula menyatakan bahawa nama Nobat ini sepatutnya disebut sebagai 'Naubat'. Asal perkataan ini pula didatangkan dari Parsi iaitu

  1. ‘NAU’ yang membawa maksud sembilan.
  2. ‘BAT’ sembilan alat.

Manakala jika dialihbahasakan kepada bahasa Hindi atau Punjabi, perkataan ‘NAU’ bemaksud sembilan. 'BAT' pula bermaksud ragam. Maka makna penuhnya ialah Ragam Sembilan Bunyian.


[ Sejarah kedatangan Nobat ke Tanah Melayu | Sejarah nama Nobat ]
[ Sejarah pembinaan Balai Nobat ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 


Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service