|
|
|
|
|
| PANTANG
LARANG BERMAIN NOBAT |
|
|
Sesiapa yang melanggar pantang larang
Nobat dipecayai akan menerima bala atau bencana. Antara pantang larang yang masih kuat dipegang hingga kini adalah
seperti:
- Alatan muzik
Nobat tidak boleh dipersendakan oleh sesiapa dan kedudukannya mestilah tetap dan tidak boleh diubah sesuka
hati.
- Semasa alat muzik
Nobat dibawa turun ke Balai Besar, sesiapa pun tidak dibenarkan melintas dihadapannya.

- Mahaguru
merupakan alat penunjuk dan mesti dihormati. Jika ada
yang kurang tertib, mereka akan menerima balasannya.
- Alat-alat
Nobat ini tidak boleh dimainkan di pesta-pesta atau temasya lain.
- Orang-orang
Nobat tidak dibenarkan mengajar semua lagu yang diketahui kepada keturunannya.
- Sesiapa pun tidak dibenarkan menyentuh alat muzik
Nobat ini.
- Semasa
Nobat hendak dimainkan, pemian Nobat ini mestilah mengikut jalannya ke
tempat letak alat-alat itu sebelum dibenarkan duduk.
- Sesiapa pun tidak dibenarkan melihat
permukaan bawah gendang Nahara keana ia dipecayai diperbuat daripada kulit perut
perempuan mengandung.
- Kedudukan alat
Nobat ini mestilah tetap dan tidak boleh diubah. Nahara mestilah menghadap ke arah matahari terbit.
- Semasa hendak menyalin kulit
Nahara, pemain Nobat mestilah menggunakan kain selendang berwarna kuning.
- Apabila alat-alat hendak diturunkan ke
tempat lain seperti Balai Besar hendaklah mengikut peraturan iaitu didahului oleh
Semambu atau Mahaguru, Serunai, Gendang ibu, Gendang anak,
Gong, dan Nafiri.
- Semua pemain
Nobat mestilah megikut keturunan dan muzik Nobat selalu diperturunkan kepada anak lelaki sahaja.
- Apabila ayah atau pemain hendak
berhenti dari bemain Nobat, dia mestilah melatih anaknya dirumah terlebih dahulu dengan menggunakan alat
Nobat rekaan. Setelah anaknya mahir, dia boleh menggantikan
tempat ayahnya dengan syarat ayahnya mesti menyediakan
Nasi Kunyit dan dikemenyankan. Kemudian si anak pelu memakan sekepal
Nasi Kunyit sebelum mula bemain.
- Semasa bermain
Nobat, para pemain mestilah memakai pakaian rasmi berwarna hitam.
[
Pantang larang bermain Nobat | Adab
bermain Nobat | Waktu bermain
Nobat ]
[ Adab menyambut pancaragam Nobat
| Ampun kurnia ]
|
|