Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


PEMAIN DAN PERJAWATAN NOBAT

Pada zaman kesultanan Sultan Abdul Hamid Shah Ibni Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah sekitar tahun 1882-1943, negeri Kedah memiliki sebanyak 3 kumpulan Nobat. Kemudian bertambah kepada empat kumpulan semasa zaman pemerintahan Sultan Badlishah Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada 1943-1958. Namun kini, hanya tinggal dua kumpulan sahaja yang diketuai oleh seoang kalau besar bagi setiap kumpulan. 


[ Kumpulan Nobat yang terdiri dari 13 ahli ]


Pada masa kini kumpulan Nobat Kedah memiliki seramai 13 orang pemain yang terdiri daripada Penghulu, dua orang Kalau Besar, dan 10 orang pemain. Pemain biasa ini turut  dikenali sebagai Orang Nobat. 12 pemain ini dibahagikan pula kepada dua kumpulan. Di dalam setiap kumpulan akan memiliki masing-masing 5 Orang Nobat dan seorang Kalau Besar.

Kedua-dua kumpulan ini akan betugas secara bergilir-gilir. Mereka akan bertugas secara berselang seli setiap seminggu. Bermakna setiap kumpulan akan bekerja selama seminggu, dan kemudian bercuti selama seminggu secara bergilir-gilir. Semasa tidak bertugas, kumpulan yang bercuti ini akan menjalani latihan.


[ Pemain dan perjawatan Nobat | Tugas-tugas pemain Nobat ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 


Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service