Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


ADAB MENYAMBUT PANCARAGAM NOBAT

Pancaragam Nobat atau ala kumpulan muzik Nobat akan dijemput ke istana dengan satu upacara yang terhormat. Ia tidak akan disambut oleh orang-orang biasa atau orang awam apabila dibawa ke satu-satu tempat.

Ia mempunyai penyambutnya yang tersendiri dan telah menjadi satu bentuk adat sejak dahulu lagi. Alat-alat yang akan digunakan untuk menyambut pancaragam Nobat ialah seperti ;
  1. Tepak sirih.
  2. Wang pengeras sebanyak RM12.00.
  3. Satu jag air sejuk.



[ Pancaragam kumpulan muzik Nobat ]

Alat-alat ini mestilah disediakan setiap kali kumpulan Nobat ini dibawa ke sesuatu majlis atau tempat. Alat-alat ini diletak di atas satu hamparan khas. Dan alat-alat muzik Nobat turut diletakkan di atas hamparan tadi. Namun pada masa kini, adat ini hanya dilakukan di istana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah sahaja. 

[ Pantang larang bermain Nobat | Adab bermain Nobat | Waktu bermain Nobat ]
[ Adab menyambut pancaragam Nobat | Ampun kurnia ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 

/



Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service