Muka Hadapan
  Pengenalan
  Sejarah Nobat
  Pemain & Perjawatan
  Pantang Larang
  Instrument Nobat
  Galeri Foto
  Penghargaan
  Komen Pelawat
  Site Map


WAKTU BERMAIN NOBAT

Waktu bermain Nobat telah ditetapkan sejak zaman berzaman dan telah dipatuhi sehingga kini. 

Antara sebab Nobat dimainkan adalah untuk menandakan masuknya waktu solat iaitu pada waktu Subuh, Maghrib, dan Isyak.

Disebabkan peranan inilah maka Balai Nobat dibina berhampiran dengan bangunan Jam Besar, Masjid Zahir, dan Istana Sultan (kini dijadikan Muzium DiRaja) berikut adalah waktu nobat dimainkan ;
  • Pukul 4 pagi sebelum masuk waktu Subuh – Salah satu ragam. 
  • Pukul 5 pagi lebih kurang 5 minit sebelum masuk waktu Subuh. – Palu pembukaan. 
  • Pukul 7 petang lima minit sebelum solat Maghrib – Lagu palu pembukaan. 
  • Pukul 8 malam lima minit sebelum masuk waktu solat Isyak – Lagu ragam.
  • Pada waktu Asar dan Zohor, Nobat tidak dimainkan kerana masyarakat mengetahui waktu solat mereka dengan merujuk kepada bayangan matahari.
  • Pada waktu Jumaat, Nobat dimainkan sebanyak tiga hingga enam kali iaitu satu jam dari pukul 7 pagi hingga waktu solat Jumaat. Lagu yang paling akhir dimainkan ialah lagu 'Tempoyak' yang menandakan masuknya waktu solat Jumaat. Ia juga secara tidak langsung dianggap sebagai latihan kepada kumpulan Nobat tersebut.

Selain sebagai menjadi penanda waktu solat, ia juga utamanya dimainkan untuk upacara, majlis atau sambutan yang berkaitan dengan adat istiadat istana. 

Lagu Nobat tidak dimainkan tanpa tujuan. Biasanya Nobat dimainkan dengan tujuan seperti berikut;

  • Palu pembuka – Subuh dan Maghib.
  • Belimau – Istiadat bersiram semasa perkahwinan DiRaja.
  • Tempoyak – Sebagai lagu penutup pada hari Jumaat dan masuk waktu solat Jumaat. 
  • Perang- Istiadat Pertabalan DiRaja, kemangkatan Sultan, hari menentukan tarikh puasa bagi umat Islam, hari raya Aidilfitri dan Aidil Adha.
  • Belayar- Sultan mengadap masuk atau keluar dari Balai Mengadap atau sesuatu majlis. 
  • Raja burung – Apabila naik hari lapar ; Hari Raya Aidiladha ke tiga.
  • Raja segala lagu nobat – Khas untuk sultan.
  • Ragam – Bila-bila masa sahaja.

[ Pantang larang bermain Nobat | Adab bermain Nobat | Waktu bermain Nobat ]
[ Adab menyambut pancaragam Nobat | Ampun kurnia ]

 

Disediakan oleh : Siti Shukriyah binti Hamid. Universiti Malaysia Sarawak. 2004.

 

/



Free Hosting Provided By: HostRocket Web Hosting Service
Make $50 Per Sale: ViaTalkVoIP Affiliate Program
ViaTalk: Internet Phone Service
VT_White: VoIP Reseller Service